Rabu, 4 Februari 2015

~ TERKUNCI ~


Sulit tuk ungkapkan beban fikiran
Mati terbelenggu angan-angan
Terkunci erat takkan terlerai
Terlahir dari cacat di jiwa
Putus asa terhimpit lara
Terseksa batin goreskan jiwa
Menyala hitam dalam kepekatan malam
Hilangkan akal fikiran di sebuah kenangan


Tiada yang mahu mengerti
Jeritan suara hati
Semuanya tak mungkin kembali
Ia tetap menjadi sebuah ilusi
Saat pintu hati kian terkunci

Saat kebohongan mimpi
Yang terikat pelbagai janji


Jiwaku tiada berdaya
Terkubur pecah di batas nyawa
Berjalan sendiri menggapai impian
Terhempas sendiri meraih harapan
Terkurung dalam ruang dan waktu
Terundang pelbagai berita palsu
Terpisah di ambang tanya
Terhimpit di celah bayang terkunci


Berlayar di samudera sunyi tak bertepi
Berperahu seakan mati
Tanda-tanda tak berbunyi
Menggigil sendiri dalam pelukan
Tak tahu di mana batas menanti
Gelap cahaya hilang erti


Kelam ini tak bertepi
Sakit menusuk jantungku
Hancur terputus asa tuk menggapai impian
Beritakan kepadaku
Tentang sebuah kebahagian
Yang kuperjuangkan tuk sekeping hati
Semoga sang waktu meluruhkan sebuah perasaan
Yang lama membeku dan terkunci
Cubalah mengerti rintihan hati ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan