Selasa, 3 Februari 2015

~ SALAHKAH AKU ~

Bukalah matamu lihatlah diriku
Yang saat ini amat merindukan dirimu
Engkau tak peduli atau tak mengerti 
Adaka cinta suci bagi diriku
Yang melakukan kesalahan itu
Lalu mengguriskan hatimu....
Menoreh secebis luka abadi 
Sehingga air matamu kian gugur bercucuran
Membasahi pipi indahmu

Saat kuterjaga oleh hangatnya mentari pagi
Yang seakan tidak mahu menyinari hidupku
Sendiri dalam sepi terduduk termangu
Salahkah aku sehingga engkau membenciku
Salahkah aku.... salahkah aku
Salahkah aku mencuba memahami dirimu
Salahkah aku mencuba mencintai dirimu
Salahkah aku mencuba meraih hatimu
Salahkah aku mencuba membahagiakanmu
Salahkah aku mencuba mengikuti caramu

Sepanjang malam menghitung waktu
Kuberjalan dalam sendiri mencari erti hidup ini
Kuterus melangkah mencari asa diriku
Di antara irama nada sejukkan batinku
Di antara puisi pilu jinakkan gejolakku
Salahkah aku atas apa yang terjadi
Salahkah aku atas duniaku ini
Salahkah aku bahagia di setiap sisimu

~kala hati berbisik~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan