Rabu, 17 Disember 2014

~ KEDAMAIAN ~



Gejolak hasrat seakan mencari
Rasa hati yang telah pergi
Mencuba hadirkan senyuman lagi
Dalam jiwa yang kian menyepi Pergi berlari di dalam mimpi Bawalah hati bersulam jiwa Mencari damai bak mencari jati diri Kerana damai adalah impian semu

Dalam gelap tanpa cahaya
Bersuluh derita di sapu nestapa
Di manakah tersembunyi sebuah kedamaian
Mungkinkah akan hadir temani diri
Seindah dalam kata
Seindah dalam cinta
Bilakah segala-galanya akan bersatu
Seharum wangi bunga
Hidup penuh bersandiwara
Beribu kata senada merayu


Tinggal penghabisan lamunan sepi
Kini yang mengiringi khayalan semata
Keheningan malam dengarlah sapaku
Bawalah diriku ke alam damaimu
Keheningan malam bukakanlah mataku
Dari semua mimpi dan juga khayalku
Hembuskan redup angin sejukkan jiwaku
Terselit di kalbuku kedamaian itu
Agar kurasakan damai mendampingiku


Alunan ini mengalun mesra
Perlahan menyentuh kalbuku
Selalu mempesona seperti suara yang berpadu
Di saat angin berhembus penampar pipiku
Bila mana segalanya lenyap
Mungkin tiada warna gemilang
Menghiasi alam rinduku
Pernahkah kumerasa sebuah kedamaian
Pernahkan kumerasa secebis bahagia
Begitu banyak kisah tentang indah dan duka
Semua tertulis tentang askara cinta


Kini tiada lagi kesedihan
Tiada kepedihan hanya mengharapkan kedamaian
Takkan pernah terlupa kebahagiaan pasti hadir
Hanya kepadaMU kubersujud dan berdoa
Tuk memberi kedamaian di jiwaku
Agar sanubariku tenang menjalani perjalanan kisah ini


26 may 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan