Selasa, 16 Disember 2014

~ CAHAYAMU ~


Sejak engkau hadir dalam hidupku
Telah mengubah suasana ceria
Sejukan hati yang sedang gundah
Bagai siraman hujan musim kemarau
Langkah kakiku tak lagi lelah
Cahayamu terangi kegelapan
Sisa murung pun mulai terhapus
Ada getaran menyentuh kalbu

Gelisah terus menghantuiku
Tak dapat menghapuskan rasa rindu
Keras hati tak pernah terhapus
Kehampaanku tanpa kehadiranmu
Cahayamu terangi diriku
Kudambakan kehangatan pelukanmu
Sisa hidupku terisi cahayamu

Sendiri setelah lama kunanti sebelumku mengenalmu
Dan kini kutemukan kembali erti hidup keranamu
Takkan kulepaskan dan takkan kulupakan
Engkaulah cahaya hidupku penerang kelamku
Sejenak gelap malamku hilang digantikan cahayamu
Engkau sedarkanku bahawa dunia ini masih bersinar

Kutulis kata didalam hatimu
Cinta suciku hanyalah untukmu
Bahawa diriku selalu didalam mimpimu hanya untukmu
Wahai malamku......
Bawa cintaku sampaikanlah untuk dirinya
Dan hatiku yang selalu bersamanya
Wahai bintangku
Putihkan cahayamu sebarkanlah
Rasa cintaku dihatinya abadi selamanya

Bidadariku ...
Janganlah engkau berpaling dari diriku
Bidadariku ...
Tetaplah biaskan semua cahayamu
Engkau sinar bagaikan sang pelangi
Kerana engkaulah sang bidadariku
Jangan pergi dan berpaling lagi
Kehadiranmu begitu bererti
Kerana cahayamu menyinari hidupku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan